Rasulullah s.a.w bersabda:-
Siapa yang masuk rumah dan beri Salam keatas isirumah (keluarga) yang ada, selawat ke atas Nabi 3 kali, Baca Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, hilanglah kepapaannya.
Bacalah sebelum masuk rumah (contohnya semasa balik dari pejabat) dan bacalah dalam setahun setengah dan lihat hasilnya..
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: Maksudnya: “Wahai anakku! Apabila engkau masuk berjumpa ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
“Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Street Dakwah
-
Gambar ini tersebar luas di alam maya, diambil masa program street dakwah
sabtu lepas kat sogo. Ada yg suka, x kurang yg mengata. Antara keraguan2
seri...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment