Bertakbir Bila Kebakaran

Rasulullah saw telah bersabda : “Apabila kamu melihat kebakaran, maka bertakbirlah, kerana takbir (ucapan Allahu Akbar ) itu akan membantu memadamkannya“.
Sebagaimana diketahui bahawa kebakaran itu asalnya dari api dan api itu juga adalah unsur syaitan.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya
.Al-Hijr [27] Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
Keduanya (api dan syaitan) selalu bertujuan untuk berbuat kerosakan. Dan dengan takbir itu keduanya dapat ditundukkan. Jadi, apabila seorang muslim mengucapkan takbir, maka takbir itu memberi pengaruh atas api itu sehingga ia menjadi padam.
Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.

Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More