Bolehkah Masjid Disyahidkan (Dirobohkan)?

Boleh sekiranya didirikan masjid (rumah Allah) yang lain di atas bumi (tapak tanah) yang sama, misalnya masjid yang sudah terlalu uzur dibina masjid baru. Tidak boleh didirikan selain dari masjid, misalnya dipecahkan masjid untuk membuat bangunan lain, tempat parking.
Bumi (tanah) yang telah didirikan masjid tidak boleh dibina bangunan lain selain dari masjid.
Malaikat khas akan datang menyaksikan masjid disyahidkan seperti mana mereka datang menyaksikan orang mati syahid.
Bumi yang paling baik ialah bumi yang didirikan masjid.

Bumi juga akan menjadi saksi dan bercakap di hari akhirat, termasuk mendakwa orang yang mensyahidkan masjid.

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Tiap-tiap sesuatu yang berlaku didunia akan dibicarakan di akhirat.
Ali-Imran [30] (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya) dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (Ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More