Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup” Aisyah berkata: Ya Rasulullah! “Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi s.a.w. menjawab: “Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada – masa itu menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain.Daripada satu riwayat oleh al-Nasa’i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a.,
katanya: Aku bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?” Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja.”Bila sudah sibuk dengan problem masing-masing tidak ada masa untuk melihat yang lain. Melihat itu dan ini cuma boleh dilakukan bila ada masa saja. Pada masa itu keadaan sangat dahsyat dan teruk sehingga tidak sempat melihat itu ini, seperti dalam surah Abasa:
[34] Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
[35] Dan ibunya serta bapanya,
[36] Dan isterinya serta anak-anaknya;
[37] Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
0 comments:
Post a Comment