Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Kepanasan NERAKA!!!!

Tulisan ini adalah petikan dari kitab Nasbun Nurain Jilid 5, bermula dari muka surat 92 di Bahagian Kedua Puluh Tiga. Perbahasan mengenai neraka dan perkara yang ada hubungan dengannya agak panjang dan sungguh menarik. Sila dapatkan kitab ini)
 


Telah tersebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda;
“Kepanasan api kamu (di dunia ini) adalah sebahagian dari 70 bahagian dari kepanasan api neraka, berkata sahabat Baginda Mulia, wahai Rasulullah jika (kepanasan api neraka itu) sama dengan kepanasan api (di dunia) ini pun sudah cukup, jawab Baginda Mulia telah dilipat gandakan lebih kepanasannya dari api (di dunia) ini sebanyak 69 kali ganda lagi.” (HR Bukhari dan Mishkat).
Neraka dibelenggukan di hari kiamat
Dari Ibn Masud (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda;
“Dibawakan kehadapan akan Neraka (Jahannam) pada hari Kiamat dengan dibelenggukan dengan 70 ribu belenggu (besi) dan ia ditarik oleh 70 ribu Malaikat (as) pada satu-satu rantai belenggu.” (HR Muslim dan Mishkat)
Ulasannya

(1)        Pada satu rantai belengguan neraka akan ditarik oleh 70 ribu malaikat (as), maka jumlah malaikat yang menarik neraka dengan belengguan sebanyak 70 ribu itu ialah 4,900,000,000.
(2)        Neraka kesemuanya ada 7 buah, dan tiap-tiap buah adalah lebih besar dari dunia ini.
Keadaan Neraka pada hari Kiamat
(1)        Neraka adalah salah satu makhluk Allah (swt) yang besar, dan tidak ada siapa pun yang mengetahui tentang bilangan makhluknya yang akan dimasukkan ke dalamnya melainkan Allah (swt) sahaja.
(2)        Makhluk Allah (swt) pula terlalu ramai, sama ada yang berada di dunia ini, atau di langit, atau di neraka, syurganya, arasynya atau di mana-mana sahaja melainkan Allah (swt) sahaja yang mengetahuinya. Begitu juga yang tidak hidup secara kasar selain dari manusia, binatang dan lain-lain lagi, contohnya seperti pasir, bukit, pokok kayu, batu, tanah liat, (berapa jenis), berapa banyak, tiada juga diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah (swt) sahaja, atau orang yang telah diberitahu olehnya.
(3)        Angka bilangan yang telah dicipta oleh akal manusia yang cetek dari dulu sampai sekarang, tidak mampu membilang bilangan pasir apatah lagi dengan pasir di sebuah sungai, di tepi pantai dalam satu-satu lautan yang berselerak di serata dunia ini, pendek kata makhluk Allah (swt) hanya beliau sahaja mengetahui bilangannya.
(4)        Kehadiran makhluknya yang dimukallaf seperti manusia dan jin, atau tidak dimukallafkan seperti binatang di padang Mahsyar, manusia dan jin yang mana sebahagian besar mereka itu adalah tidak beriman kepada agama Allah (swt) di dunia dulu, dan mereka ini adalah menjadi habuan yang telah ditetapkan baginya (neraka), dengan itu membuatkan neraka yang hidup itu dapat mengesan kehadiran mangsa-mangsanya itu di padang Mahsyar, maka ia telah naik berang, ia mengamuk, sehingga tidak terkawal oleh malaikat yang menjaganya, hanya Allah (swt) sahaja yang dapat mententeram dan mengawalnya.
Firman Allah (swt) berhubung dengan amukannya (neraka) yang mafhumnya;
تكادتميّزمن الغيظ
“Hampir Neraka itu pecah kerana kemarahannya.” ( al-Mulk ayat 8 )
Sila dapatkan kitab ini untuk baca selanjutnya…..


Hukum Mengenai Janggut

Hukum berkaitan dengan janggut masih menjadi perbahasan di kalangan umat Islam hari ini sedangkan hukumnya telah pun disepakati oleh ulama mujtahidin sekian lama. Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi (rh);
“Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan” (al-Muhalla)
Di antara dalil yang dikemukakan oleh para ulama’ adalah berdasarkan hadis-hadis di bawah.
خا لفوا الشركين وفروا اللحي واحفوا الشوارب
Dari Ibn Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Ibn Umar (ra) berkata bahawa “Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut.” (HR Muslim)
اعفوا اللحي وجزواالشوارب ولا تشبهوابا ليهود والنصارى
Dari Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani.” (HR Ahmad)
جزواالشوارب وارخوااللحى
Dari Abu Hurairah (ra) Rasulullah (saw) bersabda, “Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR Muslim)
لاتشبهوا با لاعاخم , اعفوا اللحى
Dari Ibn Abbas (ra) berkata: Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai ‘Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu.” (HR Al-Bazzar)
Hadis-hadis di atas adalah hadis bersifat suruhan dan perintah. Maka para ulama telah memutuskan hukum memelihara janggut dan mencukur (menipiskan) misai adalah wajib. Setiap perintah wajib dipatuhi berdasarkan hadis di bawah.
Baginda (saw) bersabda; “Sesiapa yang mentaati aku dia akan masuk syurga, dan sesiapa yang bermaksiat (enggan mematuhi baginda), maka ia telah menolak (menolak sunah dan syurga)” (HR Bukhari)
Dari Anas (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Sesiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku.” (HR Bukhari & Muslim)
Maksud sunnah ialah setiap perkara yang datang dari Rasulullah (saw) sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan dan pengakuan.  Sunnah Rasulullah (saw) ada yang bersifat wajib dan ada yang bersifat mustahab / mandub (sunat). Memelihara janggut adalah sunnah wajib.

AMALAN RASULULLAH (SAW) DAN PARA SAHABAT (RA)
Dari Jabir (ra) berkata; “Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya.” (HR Muslim)
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka.
“Adalah Abu Bakr (ra) lebat janggutnya, Uthman (ra) jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali (ra) tebal janggutnya.” (HR Tirmizi)
Diriwayatkan Umar (ra) mempunyai janggut yang tebal.  (al-Ishobah, 2/511)
Berkata Bukhari, “Ibn Umar (ra) menipiskan misai sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya.” (Fathul Bari, Ibn Hajar)
IJTIHAD ULAMA MUJTAHIDIN DAN ULAMA FIQH
Para Imam Mujtahidin yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali (rh) sepakat mengenai kewajipan memelihara janggut dan haram mencukurnya.

Mazhab Hanafi
Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam.  Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)
Allamah Ibn Abidin (rh) berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)
Mazhab Maliki
Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)
Al-‘Adwi (rh) berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik (rh) bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’  Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)
Ibn ‘Abd al-Barr (rh) berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)
Mazhab Syafi’i
Imam Syafi’i (rh) dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”
Berkata Ibn Rif’ah (rh) dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i (rh) telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”
Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi (rh) bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”
Mazhab Hambali
Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).
Ibn Taimiyyah (rh) menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah .. “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”
As-Saffarini (rh) berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami (Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)
KADAR PANJANG JANGGUT MENGIKUT SYARIAH
Janggut adalah apa-apa yang tumbuh di muka iaitu rambut-rambut yang yang terdapat pada tepi muka kiri dan kanan yang bersambung dengan rambut di kepala yang dikenali jambang dan di bawah dagu.
Perintah Rasulullah (saw) jelas menunjukkan bahawa janggut sepatutnya dibiarkan tumbuh lebat.  Tambahan pula, Baginda (saw) dan para Sahabat (ra) mempunyai janggut yang lebat dan besar.
Tiada hadis sahih menunjukkan Rasulullah (saw) memendekkan janggutnya.  Tetapi, ada riwayat yang sahih daripada beberapa Sahabat terutamanya, Ibn Umar, Abu Hurairah dan Ibn Abbas (ra) menunjukkan mereka memotong janggut yang melebihi satu genggaman.  Terdapat juga riwayat dari kalangan ulama salaf melakukan perkara yang sama seperti Ibrahim an-Nakhai, Imam Malik dan Ahmad (rh).
Dalam sahih al-Bukhari disebut, “Semasa Ibn Umar (ra) mengerjakan haji dan umrah, beliau akan mengenggam janggutnya, bahagian mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong.”
Oleh itu, dapatlah difahami bahawa janggut yang kurang dari segenggam tidak memenuhi maksud sunnah. Yang menyedihkan, ramai di kalangan agamawan pun tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama salaf berkaitan dengan janggut ini. Mereka mengatakan perkara ini remeh-temeh dan kurang penting. Berbagai alasan yang kita dengar untuk mengelak dari melaksanakan sunnah wajib ini. Satu daripada hujah mereka ialah memelihara janggut adalah sunnah jibiliyyah (adat kebiasaan) orang ‘Arab. Fahaman ini bertentangan apa yang diputuskan oleh ulama salafus soleh dari generasi awal Islam.
Perlu diingat bahawa janggut juga perlu didandan dan dikemas. Janggut jangan dibiar terlalu panjang dan tidak terurus kerana umat Islam mesti kelihatan bersih dan kemas kerana imej umat Islam harus dijaga.
PENGECUALIAN
Syariah Islam adalah fleksibel dan praktikal kerana mengambilkira semua faktor sekelilingnya.  Bagi mereka yang mempunyai sebab-sebab tertentu seperti berkaitan rawatan perubatan yang memerlukan janggut perlu dicukur, maka syariah membenarkannya.
Ketika di bawah penguasaan musuh Islam dan orang yang zalim, jika dengan berjanggut ini boleh mengancam nyawa dan keselamatan, maka syariah mengharuskannya ia dicukur.
Kewajipan memelihara janggut adalah bagi mereka yang mempunyai janggut. Bagi mereka yang memang ditakdirkan tidak tumbuh janggut, mereka dikecualikan dari kewajipan ini. Seseorang mungkin boleh berikhtiar dengan melakukan ‘petua’ tertentu supaya janggutnya tumbuh serta berdoa’ agar Allah (swt) menumbuhkan janggutnya.
Sekian. Wallahu’alam.


Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.


Inhaler & asap rokok...apa bezanya ketika berpuasa?

Orang yang hisap rokok akan terbatal puasanya tanpa khilaf. Namun, bagi hukum menggunakan inhaler, ulama' masakini menyatakan bahawa tidak batal puasa menggunakannya (walaupun ada juga ulama' berpendapat inhaler membatalkan puasa kerana sifatnya seperti rokok, sampai kepada perut).

Dibawah ini dipaparkan perbezaan inhaler dan menghisap rokok :-

1. Inhaler - dikatakan menggunakan gas. Dimana gas ini akan meresap didalam tengkorok dan paru-paru. Ia tidak sampai diperut.
rokok - menggunakan asap yang mengandungi partikel yang akan sampai ke perut


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More