Dah Tahu Judi Tue Haram Beli Juga????




Menasihatkan kawan-kawan yang masih giat membeli nombor ramalan 4 angka bukannya perkara mudah. Ada yang memberi berbagai alasan. Si yop ini memberi alasan akan berhenti membeli kalau kena banyak nanti. Si wak pulak bagi alasan saja-saja suka beli tapi adalah seringgit atau lima ringgit paling banyak. Sebenarnya mereka ini membeli impian takut-takut nanti semua wang yang halal yang mereka dapat habis kerana tak berkat sebab berniat untuk berjudi. Ada yang bawa isteri bersama pakai tudung tolong beli. Lain kali suami patut suruh isteri buang tudung dulu kalau nak datang beli nombor ramalan sebab jatuhkan martabat wanita Islam lain yang bertudung seperti gambar diatas.  

Pelbagai cara kaedah mengira yang dipanggil "cai"dan boleh kalah pakar matematik kerana jika mereka ini belajar mengira dahulu di sekolah. Mungkin sekarang ada yang jadi professor. Nak tengok kaki cai (mengira) pergilah ke restoran berdekatan berhampiran kedai nombor ramalan. Ada yang bawa laptop sekali untuk cai. Tapi akhir sekali semuanya berkecai. Ada yang dapat tapi balik modal. Begitulah kisah kehidupan orang yang membeli nombor ramalan pada hari rabu,sabtu dan ahad. 

Walaupun ada tertulis. Orang Islam tidak dibenarkan membeli. Namun menjadi pelik pulak kerana lesen ini dikeluarkan oleh kerajaan kita yang mengaku negara Islam. Ada "signboard" terpampang kat dinding kedai diseluruh negara. Ada jugak tangkapan dibuat oleh Jabatan Agama Islam. Tapi boleh kira dengan jari orang yang kena tangkap. Selalunya penjual nombor ramalan akan memberitahu kepada pembeli yang berugama Islam supaya jangan masuk hari ini. Kata amoi "Hari ini lu jangan masuk dalam beli, jaga-jaga itu haji ada mari sama polis, tangkap ". Jadi ada yang mengupah si apek atau si tambi jadi "runner" beli nombor untuk mereka. Selamatlah di dunia ini. Tapi di akhirat nanti belum tentu lagi.

Penulis pernah melawat Hong Kong, Manila dan Bangkok pada tahun 2008 dan 2009 dahulu. Tak nampak pun satu kedai nombor ramalan yang ada seperti kat negara kita. Pada hal Hong Kong bukanlah negara Islam kerana majoriti penduduknya 90% bangsa China yang kita tahu mereka ini kuat berjudi. Tapi itulah hakikatnya. 

Pada mereka yang masih giat membeli nombor ramalan. Sekiranya terbaca posting ini, mari berhenti dan bertaubat sebelum terlambat kerana berjudi adalah satu daripada dosa besar. Jadi, kepada  yang mahu bertaubat, atau sudah bertaubat, namun masih tetap bergaul dan bersahabat dengan teman-teman lama dari kalangan ahli maksiat, maka yakin bahawa orang itu tak boleh bertaubat dengan benar. Kalaupun ia boleh bertaubat, maka taubatnya tak akan nashuha (murni).



Daripada  Abu  Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud: 

“Setiap yang masuk   ke  dalam  syurga  diperlihatkan  kepadanya  tempat diamnya dalam neraka   seandainya  dia  melakukan  kesalahan,  supaya  dengan  itu  bertambah   syukurnya  kepada  Tuhan.  Setiap  orang  yang  masuk  ke  dalam neraka,   diperlihatkan  kepadanya  tempat  diamnya  dalam  syurga  seandainya dia   melakukan  perbuatan  baik,  supaya  dengan  itu  timbul penyesalannya.”   (Hadis riwayat Bukhari)

Syurga  dan  neraka  bukan  asing  bagi  pendengaran manusia yang sampai   kepadanya seruan dakwah Islam. Namun, tidak ramai mengambil iktibar atas   setiap  peringatan  diberikan iaitu mengenai azab bakal dikenakan kepada   orang  melanggar  perintah Tuhan dan balasan nikmat kepada orang beriman   dan  beramal  salih. Lantaran itu, pada akhirat kelak tiada manusia yang   tidak  menyesal atas segala kejahatan dilakukan bila mana mereka melihat   keindahan  syurga  yang  diperlihatkan  kepada  mereka  berserta  nikmat   dalamnya.   Sementara  orang  dimasukkan  ke dalam syurga pula akan bersyukur kerana   terselamat  daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka   dan penghuninya.

Oleh  itu,  selagi  masih  hidup dan mempunyai harapan memperbaiki nasib   bagi mengelak keazaban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta   mengerjakan  amalan  diredai  Allah SWT supaya  nanti  tidak  tergolong  di kalangan mereka yang rugi.


Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More