Salah Siapa Jika Meraka Murtad??? ULAMAK???KERAJAAN ??? OR KITA???



Salah kita sebagai seorang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah SWT, sebaliknya kita sibuk dengan menulis blog, baca blog, dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah SWT semakin jauh dan jauh? akhirnya mereka murtad? 

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah SWT di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah cuci tangan? lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad. Sudah selamatkah aku dari Azab Allah? 

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ? 
Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ? 
Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad? 
Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ? 
Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya? 

Sebagai contoh, dalam bab solat, aku pecah dan kecilkan umat islam dewasa ini kepada 5 golongan. 

1.Golongan solat berjemaah 
2.Golongan Solat awal waktu kat rumah 
3.Golongan Solat lengah-lengah. 
4.Golongan Solat jarang jarang. 
5.Golongan tak Solat 

Dan aku nak tanya kepada 5 golongan ini: 

1. Kita yang dah biasa solat jemaah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat berjemaah? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu di masjid? 

2. Kemudian, kita yang dah biasa solat beberapa waktu di masjid, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang solat lengah-lengah. Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka yang solat lengah-lengah supaya kembali solat di awal waktu macam kita, walaupun tidak di masjid. 

3. Kita pula yang dah biasa solat 5 waktu lengah-lengah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat 5 waktu, hanya solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu walaupun melengah-lengahkan. 

4. Kita yang dah biasa solat jumaat sahaja, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat walaupun solat jumaat? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka sekurang-kurangnya kembali solat jumaat sahaja macam kita? 

5. Kita yang tak solat langsung, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang nak keluar islam dan murtad? Dan apakah usaha kita untuk membuatkan mereka kembali kepada islam walaupun menjadi sekurang-kurangnya orang islam yang tak solat langsung pun macam kita, pernah tak? 

Aku pernah buat dan berikut adalah hasil keputusan rambang apabila aku jumpa 5 golongan di atas. 

Antara jawapan mereka: 
Wajib ke solat jemaah? 
Aku solat awal waktu, apa! Lebih baik dari orang yang solat lengah lengah. 
Walaupun aku solat lengah lengah, yang penting aku dah solat? 
Nasib baik aku solat jumaat sahaja, kalau aku tak solat langsung! 
Walaupun aku tak solat, tapi aku tak pula nak murtad. 

Sekarang, betapa bahayanya umat ini dan betapa pentingnya satu usaha perlu di buat untuk jumpa mereka dan pujuk mereka kepada mengamalkan islam yang sebenar. Sebab mereka ini, jika di biarkan takut mereka juga akan murtad? dan seperti biasa bila mereka murtad kita mulalah nak salahkan kerajaan, ibu bapa, sekolah, Menteri, Polis, kebebasan internet, Parti tu, Parti ni, salahkan ibu mengandung, dan macam-macam lagi. 

SEDANGKAN ORANG YANG SEPATUT DIPERSALAHKAN DALAM SEMUA ISU DI ATAS ADALAH AKU! AKU, AKU DAN AKU!

AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT JEMAAH.
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA TAK SOLAT AWAL WAKTU. 
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG LENGAH LENGAHKAN SOLAT. 
AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT DAN AKU YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG MURTAD! 

Aku yang sibuk menulis blog dan membaca blog ini yang tidak melapangkan masa lapang aku untuk jumpa mereka dan pujuk rayu mereka kepada mengamalkan islam yang sebenarnya. 

Ketahuilah? 

1. Golongan yang tak Solat akan menerima azab seperti orang kafir? 

2. Golongan yang Solat jarang jarang akan diseksa dalam neraka selama 60 tahun bagi setiap solat yang di tinggalkan 

3. Golongan yang Solat lengah-lengah pula, akan di azab dalam Neraka khas untuknya? 

4. Dan golongan yang tak pergi solat jemaah menurut seorang sahabat Nabi SAW, wajar dituang timah yang mendidih ke telinga orang yang dengar azan tapi tak nak datang solat berjemaah!  

5. Dan Golongan yang paling rugi adalah golongan MURTAD! Kerana mereka telah terlepas satu-satunya peluang untuk selamat dari azab api neraka dan peluang untuk pulang kembali ke syurga. 

Baru baru ni ada berlaku ribut kecil, bila aku balik kampong aku tengok ada yang atap rumah tercabut dan kereta kemik kerana di timpa kayu/kelapa, dan orang kampong sibuk memperbaiki kereta dan rumah masing-masing? 

Aku tanya, tak kerja ke hari ni? 

Jawab orang kampong, kerja, tapi ambil cuti sebab nak kena baiki atap dan kereta, siapa lagi nak baiki kalau bukan aku, sebab rumah aku yang tercabut atap, dan kereta aku yang kemik di timpa kelapa. 

Aku berfikir, hari ini amalan ugama pada diri umat islam dah banyak yang rosak di timpa ribut besar! Kenapa tak ada orang yang nak ambil cuti untuk baiki diri supaya dapat amal ugama yang sempurna? Kalau kereta aku rosak,dah tentu aku yang baiki, tapi kenapa amalan ugama aku rosak, buat tak tahu, atau kerana aku tak rasa ugama ni aku yang punya, adakah islam ini ugama ustaz dan ulamak sahaja? Kerana itu ramai yang murtad agaknya. 

Sebenarnya jika kita faham tentang hakikat taubat Allah SWT hanya akan ampunkan segala dosa kita dan tolong kita hanya apabila kita mengaku akan segala kesalahan kita. Masalah umat Islam hari ini dan juga masalah aku. Sebenarnya adalah tak mengaku salah, atau mungkin tak tahu akan diri ini bersalah atau tidak, tak tahu bahawa diri berada dalam keadaan berdosa kerana hanya nampak salah orang lain, rasa diri betul, orang lain semua salah.

Rasa dapat masuk syurga, dapat layanan 1st class dalam kubur, dapat minum air dari tapak tangan Nabi di padang mahsyar kelak? padahal, inilah sifat ujub sebenarnya. Sifat ujub yang boleh membawa ke neraka. 

Perkara ini terjadi kerana tidak belajar ugama dengan betul, tidak rujuk ustaz yang betul, dan otak pulak tak nak berfikir dengan betul berfikir ikut nafsu, jika kita rujuk sejarah akan cerita para Nabi-Nabi Alaihisalam, apabila berlaku satu satu peristiwa, dirinya lah yang pertama sekali akan di salahkan? 

Di padang mahsyar kelak, semua Nabi takut berjumpa Allah SWT, kerana masing masing mengaku berdosa dengan Allah SWT.  

Nabi Adam A.S takut dengan dosanya makan buah khuldi. 
Nabi Nuh A.S takut dengan dosanya kerana gagal dakwah anak dan isteri 
Nabi Musa A.S takut dengan dosanya bercakap besar. 
Nabi Yunus A.S takut dengan dosanya yang lari dari azab Allah. 
Nabi Isa A.S takut dengan dosanya lantaran umatnya menentang Nabi Muhammad SAW. 

Dan, Nabi Muhammad SAW sendiri, dalam riwayat menyatakan baginda bertaubat dan beristigfar kurang lebih 70 kali setiap hari walaupun baginda tiada dosa? 

Cerita Nabi SAW ke Taif. Nabi kena baling batu sampai berdarah-darah. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi SAW berjalan bunyi macam orang berjalan di  tempat basah. Lalu Malaikat datang minta diturunkan bala disana, tak kiralah taufan, gempa tapi Nabi tolak. Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tidak pandai berdakwah dan Nabi doa agar cucu cicit orang Taif dapat hidayat pula. 

Maka aku hari ini, minta supaya orang yang murtad kembali kepada islam. Sebaliknya aku benci mereka, aku hina mereka, aku pulaukan mereka. 

Kepada Allah SWT aku memohon ampun dan kasih sayang, ajarlah aku berkasih sayang. 

Jadi, mari kita jumpa mereka ini. Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah. Sebab jika tak kena cara (tak ikut sunnah) orang boleh murtad. 

Satu kisah benar, di ceritakan oleh seorang ustaz yang telah menegur seorang remaja yang berseluar pendek dalam keretapi. Dengan berkata tegas bahawa haram berseluar pendek dalam islam. Pemuda itu berkata, oh, Islam begitu payah dan cerewet sekali. Dan pemuda itu terus murtad di situ juga. Ustaz ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yang remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah. 

Apa itu hikmah? 

Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati, tongkat tak patah. Bolehlah guna tongkat tu lagi untuk pukul ular lain pulak.  Apa guna jika ular mati dan tongkat pula dah patah sebab pukul terlalu kuat, mati di gigit ular lain pula! 

Jika orang tak solat kita marah-marah, pukul mereka, mereka rasa tertekan, silap silap menjadi murtad, Majikan mana yang tak marah kepada pekerjanya yang menyebabkan pelanggan tetapnya lari?. 

Pukul anak yang berumur 10 tahun tapi tak nak solat adalah di galakkan dalam islam, namun anak yang umur 20 tahun baru nak dipukul. Jadilah begini! Jika 10 tahun yang dulu si bapa pukul saya kerana tak solat, saya tak akan jadi begini bapa!. 

Cerita lain pulak, ini kisah  si Mamat.

Mamat tak nak pergi solat jemaah di masjid kerana katanya,bahawa dia telah melihat banyak keburukkan. Ahli surau jarang bersama anak isteri. Cakap benda sama. Abaikan dunia. Pakaian macam orang Arab. Rasa diri bagus. Suka bersembang. Tak ada masa depan. Membazir harta orang ramai.  

Aku kata, aku dah 29 tahun bersama ugama islam dan dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam. Merompak, berzina, rasuah, membunuh, sumbang mahram, mengedar dadah, menfitnah, Pelesit dalam almari, aaruan makan anak, anjing tersepit yang dilepaskan, rogol, bunuh dan bakar. Tapi aku tak tinggalkan ugama islam. Aku harap kau tidak murtad Mamat.

Kerana ramai yang murtad bila tengok keburukkan. Ramai juga yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan. ahli surau.! 

Bukankan Allah SWT bagi dua mata. Satu lihat kebaikan orang. Satu lihat keburukan sendiri. Barulah mata hati akan faham kebenaran. Alhamdulillah, Si Mamat ni sampai sekarang tak adelah murtad.  

Cerita lain pula. 

Kenapa kau masih kafir? 

Tanya aku kepada seorang sahabat yang non-muslim sebab dulu dia ada azam nak masuk islam, pandai baca bismillah, alhamdulillah, selalu mengucap kalimah tauhid , bagi salam, membaca buku-buku islam dan lain-lain. Kemudian, si Non-muslim ini telah bagi hujah dan alasan kenapa dia masih kafir. Sepatutnya aku tulis, dia masih tidak memeluk ugama islam yang lebih baik. Aku ingat nak tulis alasannya dengan penuh ilmiah kat sini. Tapi panjang sangat, antara sebab dia tak masuk islam walaupun dari segi teori islam itu indah adalah kerana dari segi amali (practical) orang islam mempunyai rekod yang buruk seperti pengganas, penzalim, perompak, pembunuh, perogol, penagih dan lain-lain? 

Aku kata, memang tak dinafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) orang islam ini buruk ! menyebabkan orang kafir benci islam dan ada yang murtad kerana malu. Akan tetapi mereka orang islam yang buruk-burok ini walaupun di azab oleh Allah SWT kerana melakukan banyak dosa namun akhirnya mereka tetap masuk syurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kafir yang hanya melakukan satu dosa ya itu tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya? 

Baiklah, betul jugak kata kita?  aku tujukan nasihat ini kepada orang islam pula. 

Wahai orang islam yang tak solat atau solat jarang jarang atau yang solat lengah lengah atau yang tak pergi solat kat masjid, memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan ahli surau ini buruk menyebabkan orang yang tak pergi surau benci dan malu serta malas nak solat di surau. Akan tetapi mereka ahli surau yang buruk-burok ini walaupun di azab oleh Allah  SWT kerana melakukan banyak perkara yang kita anggap dosa dan memang berdosa. Namun akhirnya mereka tetap masuk syurga kerana Allah SWT berfirman dalam Al Quran. 

Firman Allah SWT: 

Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18) 

Bermakna Allah SWT iktiraf iman mereka, akan tetapi orang yang tak nak solat di surau atau masjid. Maafkan aku kerana tak jumpa dan pujuk mereka. Salah kita pasal sibuk tulis blog hingga mereka benci kepada kita.  

Aku pun banyak juga tinggal solat jemaah, aku berdosa kepada Allah SWT dan umat manusia. Bila dah jadi mayat kelak baru pergi masjid, duduk depan sekali, kaki imam dekat kepala. Baru aku tahu SIAPA SALAH dan SIAPA AKU dan SIAPA ALLAH!. 

Dan satu perkara yang paling menakutkan bila bercakap tentang murtad adalah bila terkenangkan hasrat syaitan yang akan memurtadkan kita masa nak jadi mayat kelak. Kalau kita tahu, syaitan baru buat usaha 10% dan kita dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%. Masa nak mati kelak, syaitan akan buat usaha 90% untuk murtadkan kita, syaitan akan menjelma jadi arwah nenek kita atau mak bapa kita atau siapa sahaja yang kita akan percaya. Dan cakap, matilah dalam ugama yahudi, itulah ugama yang membawa kau masuk syurga!

Atau syaitan bagi tahu jenazah Nabi reput dalam kubur yang menyebabkan kita was was dengan islam sedangkan itu hanya ilusi. masa itu, jika iman kita kuat yang boleh menafikan tipu daya syaitan! kita yang tak murtad lagi ini jangan rasa selamat sebab hidayat di tangan Allah SWT, Allah SWT boleh bolak balikkan hati manusia. Ini yang takut!  

Berbalik kepada yang murtad.

Adakah kita ingat Allah SWT cipta orang kafir dan orang murtad tu hanya untuk menjadi  BAHAN BAKAR Api Neraka? Ingatlah wahai pembaca, satu orang kafir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali, maka semua orang islam berdosa!

Nabi SAW bila ada mayat yahudi dibawa lalu di hadapan baginda, Nabi SAW menangis? Sahabat hairan. Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka dan jika aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapat hidayat Allah SWT.  

Kepada yang Murtad!

Aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku, jika di takdirkan Allah SWT, kita berjumpa. Maafkan aku seorang islam yang berakhlak buruk ini? jika aku pernah jumpa kau sekali dulu, mungkin kau akan dapat hidayat Allah SWT. 

Keputusan Allah SWT adalah yang terbaik. Ya Allah jangan lah Kau ambil nikmat iman dan islam pada diri yang hina ini. Janganlah Ya Allah. Aku tahu aku bersalah Ya Allah, janganlah azab aku! Jangan matikan aku dalam ugama yang lain selain islam.  

Jadi marilah kita jumpa mereka dan penting supaya jangan mengkritik mereka kerana mereka mungkin jahil dan tidak berpeluang untuk belajar ugama yang betul, maka di sini penting kita jumpa mereka dan pujuk rayu mereka. Jangan mendesak mereka.  Tiada paksaan dalam ugama. Nauzubillah min zalik.

Wasallam. Jazakallah khairan.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More